Pesta Kaamatan platform terbaik pupuk perpaduan – Hajiji

CM-Kaamatan.jpg

Hajiji (empat kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Kaamatan kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan, Joniston (kanan), Madius (dua kanan) dan Jahid (tiga kanan).

Kongsi Bersama

TAMPARULI: Pesta Kaamatan kekal sebagai platform terbaik bagi memupuk perpaduan dan persahabatan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyeru rakyat tanpa mengira agama dan kaum untuk terus memupuk perpaduan, menghormati antara satu sama lain dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang memudaratkan perpaduan.

Beliau berkata, perkara yang paling penting adalah sokongan rakyat kepada kerajaan tidak boleh goyah agar pembangunan boleh dilaksanakan di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan kepada semua perayaan kebudayaan dan keagamaan memandangkan keunikan budaya dan tradisi Sabah adalah aset penting rakyat.

Selain itu, dalam konteks pembangunan, Hajiji turut menggesa semua wakil rakyat untuk sentiasa turun padang melibatkan akar umbi di kawasan masing-masing bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

“Jangan tunggu masalah timbul, sebaliknya sentiasa dekat dengan rakyat. Begitu juga semua pegawai daerah dan kakitangan di jabatan berkaitan juga perlu proaktif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan anugerah Tokoh Kaamatan kepada penerima dalam lima kategori.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang juga ADUN Tamparuli; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang juga ADUN Kiulu; ADUN Pantai Dalit yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Datuk Jasnih Daya; dan Ahli Parlimen Tuaran yang juga Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top