BERSATU Sasar 8,000 Cawangan Dalam Tempoh Tiga Bulan Lagi

hamzahzainudin.jpg

KUALA LUMPUR, 17 April -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Menara UOA hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

TAIPING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyasarkan untuk mempunyai 8,000 cawangan di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan ketika ini, parti ada kira-kira 600,000 ahli dan terus menerima permohonan untuk menubuhkan cawangan baharu.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU.

“Perdana Menteri mengambil pendekatan berhemah untuk memastikan semua rakyat diberikan keadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penubuhan dan Penyerahan Borang Keahlian 20 Cawangan Baharu BERSATU Bahagian Larut, di Kampung Sungai Akar, Batu Kurau, di sini, semalam.

Sementara itu, Hamzah berkata, BERSATU tiada memujuk ahli UMNO untuk menyertai parti berkenaan, sebaliknya kemasukan adalah terbuka kepada sesiapa saja.

“Terpulang kepada masing-masing. Kita masih bawah satu bumbung dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.-BHarian


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top