Warisan Tidak Akan Jadi Seperti PBS – Shafie

shafie.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mengambil pendekatan untuk menghormati keputusan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan yang meninggalkan parti.

Warisan ingin meneruskan agenda yang lebih besar untuk membawa perubahan kepada politik negara.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak mahu melihat nasib parti itu menjadi seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) yang berpecah sehingga wujudnya Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) atau dahulu dikenali sebagai Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu; dan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), Parti Maju Sabah (SAPP) dan juga Parti Tindakan Liberal (LDP).

Beliau berkata, tumpuan parti pada masa ini adalah untuj mengubah keadaan, bukan hanya di Sabah tetapi di negara ini secara keseluruhan.

Untuk itu, Warisan akan bekerjasama dengan parti yang sehaluan dengan perjuangannya.

Dahulu parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), mereka datang ke Sabah jadi kali ini, beliau mahu ke Kuala Lumpur membawa Warisan bekerjasama dengan rakan lain.

Keadaan negara pada hari ini amat membimbangan maka, pemimpin di negara ini harus meletakkan hala tuju negara sebagai keutamaan, perlu ada kejelasan dari segi dasar yang ada.

“Atas sebab itu, kita perlu ada disiplin dan ketegasan. Saya tahu banyak cabaran yang dihadapi semasa melancarkan sayap parti di Semenanjung. Namun, demi perubahan langkah dan cabaran sebegitu perlu dihadapi.

“Perubahan perlu dilakukan bukan hanya pada pemikiran kita tetapi juga, nilai-nilai hidup kita dalam mengurus tadbir kehidupan masyarakat di negara ini,” jelasnya. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top