Syawal Terakhir Eratkan Keluarga Malaysia Di Lahad Datu

Raya-Lahad-Datu.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian P188 Lahad Datu kelmarin mendapat sambutan hangat dengan dihadiri oleh kira-kira 5000 tetamu berbilang kaum.

Majlis yang diadakan di Dewan Perdana Lahad Datu itu turut dihadiri oleh pelbagai peringkat pemimpin, khususnya dari daerah ini.

Ketua Bersatu Bahagian Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hasan berkata, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat itu menunjukkan bahawa perbezaan agama, kaum dan ideologi politik bukan penghalang untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat di daerah ini.

“Inilah platform terbaik yang dapat menyatukan kita semua dan memberi peluang untuk kita bertanya khabar dan saling bermaafan setelah hampir dua tahun tidak dapat berkumpul dan bersua muka akibat pandemik. Terima kasih pada semua Keluarga Malaysia yang hadir” kata beliau.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis itui ialah Datuk Yong Teck Lee (Presiden SAPP), Datuk Nagarajah (Persatuan Komuniti India), Abdul Rahim Gulam Hassan (PPM Silam) dan Mizma Apehdullah (PPM Segama). – SABAHitz On9 TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top