Ada halangan wujud program undang-undang di IPT termasuk Sabah

yusof-apdal.jpg

Datuk Yusof Apdal (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Wujud halangan, sekatan atau moratorium bagi pengenalan program pengajian undang-undang di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara termasuk di Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal bagaimanapun, berkata, secara umumnya, penawaran sesuatu sesuatu program pengajian baharu di universiti awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu memenuhi kriteria yang menjadi pertimbangan utama kementerian.

“Ini termasuklah kewujudan halangan atau sekatan atau moratorium bagi pengenalan sesuatu bidang baharu.

“Bagi penawaran pengajian bidang undang-undang peringkat Sarjana Muda oleh IPT, terdapat moratorium yang telah dikuatkuasa dari tahun 2006 sehingga kini.

“Selain itu, kementerian perlu mempertimbang permintaan yang mencukupi dari masyarakat dan industri terhadap sesuatu bidang.

“Ini termasuk ketersediaan tenaga pengajar atau pakar dan kemudahan yang diperlukan untuk memastikan pengajian tersebut boleh digerakkan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkualiti,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis [Warisan-Kota Belud] meminta kerajaan menyatakan jika kementerian sedar bahawa tiada program pengajian undang-undang ditawarkan di Sabah.-UTUSAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top