Wangjo Global Tinjau Potensi ‘Green Energy’ Ganti Tenaga Elektrik Di Sabah

wangjo.jpg
Kongsi Bersama

RANAU : Sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu negara baru-baru ini melakukan lawatan singkat ke Kundasang, Ranau bagi meninjau sendiri potensi ‘Green Energy’ yang dikatakan boleh menggantikan sumber tenaga elektrik yang sedia ada.

Pengerusi Wangjo Global Ventures Sdn.Bhd.,  Dato’ Sri Raden Hazwan berkata lawatan itu juga bertujuan bagi melihat situasi ekonomi khususnya dalam sektor pelancongan di Kundasang.

“Kita cuba melihat dari segi mana kita boleh melabur bagi menjana kembali sektor,” katanya.

Dalam pada itu,beliau turut menghulurkan bantuan bakul-bakul makanan kepada yang memerlukan.

“Kami ada dihubungi oleh beberapa orang kenalan di sini mengenai perkara ini (bantuan), oleh itu kami mengambil langkah menyalurkan bantuan ini.

“Kita komited untuk menjadikan sumbangan ini sebagai aktiviti rutin ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) kami untuk para penduduk yang terkesan akibat pandemik,” jelas beliau lagi selepas menyerahkan sumbangan di Kg. Ruhukon serta beberapa buah kampung di jalan masuk Kg. Limpasu, Ranau.

Menurutnya, syarikat komited untuk menghantar bakul-bakul makanan sehingga 1,000 bakul ke beberapa buah kampung lagi di Sabah pada masa akan datang.

Turut mengiringi Raden ialah Datuk Wilson Lee, Pengarah Wangjo Global Ventures dan Datuk Datu Mohd Khuddar Datu Abdul Kadir serta beberapa ahli lembaga pengarah yang lain.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top