Waspada penipuan tawaran rumah Sabah Maju Jaya, PPRT

Datuk-Chew-Kok-Woh-.jpg

Datuk Chew Kok Woh

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), mahupun Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pening Lalat.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Dato Chew Kok Woh berkata, beliau menerima aduan mengenai perkara tersebut baru-baru ini.

“Pejabat saya didatangi sepasang suami isteri yang merupakan mangsa kebakaran 2022 di Kampung Sundang, dan kini menetap di Kampung Gas.

“Mereka memberitahu ada seorang penduduk kampung mengakui dirinya sebagai ketua kampung Kg Pening Lalat.

“Individu tersebut memberitahu mereka bahawa dia boleh mengatur dan mengizinkan satu tapak tanah untuk membina sebuah unit PPRT dengan kos tanah RM3,000 satu lot,” katanya dalam kenyataan media,.

Chew berkata, beliau turut diberitahu ada seorang bekas Pesuruhanjaya Sumpah yang masih aktif menandatangani Surat Akuan Bersumpah dan masih memeterai salinan benar dokumen penting seperti salinan surat lahir, kad pengenalan dan lain-lain, yang membantu mengesahkan perbuatan ini.

Chew menjelaskan, tidak ada seorang pun ketua kampung yang dilantik oleh Mahkamah Anak Negeri bagi Kg Pening Lalat yang terletak di Jalan Bokara tersebut.

“Kawasan Kg Pening Lalat ini adalah tanah milik syarikat dan bukan milik persendirian.

“Setiap pembinaan Rumah PPRT ataupun Rumah SMJ perlu ada kebenaran sahih daripada pemilik tanah dan bukan pengesahan melalui ketua kampung, Pesuruhjaya Sumpah atau orang tengah,” jelasnya.

Tambahnya, bagi mereka yang ingin memohon Rumah SMJ, mereka mesti mempunyai tanah bergeran dan persetujuan pemilik tanah, tanah itu mesti tidak berair dan tidak berpaya serta mempunyai kemudahan eletrik dan air yang berdekatan.

“Pemohon mesti dalam kategori e-Kasih, mangsa kebakaran atau bencana alam, orang kelainan upaya atau rumah daif. Mereka yang ingin memohon boleh datang ke pejabat UPPM atau hubungi saya untuk mendaftar,” ulasnya.

Sementara itu, Chew juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin memeriksa kesahihan seseorang yang mengakui diri sebagai ketua kampung dan lain-lain dengan menghubungi Pejabat UPPM Karamunting melalui talian pejabat 089-211200 atau hubungi beliau sendiri melalui talian 012-8176628.

 

Sumber: Harian Ekspres

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top