Aktivis Budaya Kecam Peguam Samakan Unduk Ngadau Dengan ‘Persembahan Lembu Eksotik’

shireen-sikayun.jpg
Kongsi Bersama

Aktivis kebudayaan Sabah mengecam bahagian dalam satu penghujahan mahkamah, di mana peguam membandingkan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan “persembahan lembu eksotik” (exotic cattle show) dan “acara lelong” (auction show).

Aktivis Shireen Sikayun (gambar) membangkitkan bahagian dalam penghujahan mahkamah dalam kes cabul Phillip Among @ Daniel Dell Fidelis – seorang ahli politik dari Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah.

Penghujahan itu ditulis oleh peguam Phillip, Marcel Jude.

“Dalam masyarakat pelbagai budaya kita, seseorang perlu bersikap sensitif terhadap perasaan masyarakat lain.

“Bagi seorang yang lahir dan membesar di Sabah, kenyataan itu adalah mengejutkan, merendahkan maruah dan langsung tidak sensitif kepada perasaan orang asal, sedangkan dia (Marcel) adalah orang tempatan yang sepatutnya sering berinteraksi dengan mereka,” kata Shireen dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Ketika dihubungi, Shireen yang merupakan seorang peguam dan presiden Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah (Pusaka), berkata penghujahan itu dikongsikan di kalangan peguam di Sabah.

Malaysiakini telah melihat salinan penuh dokumen itu yang dimuat naik bekas Adun Moyog, Jennifer Lasimbang di Facebook.

Menurut dokumen itu yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Marcel berkata, “Pertandingan UNK (Unduk Ngadau) bukan tentang wanita. Ia hanya pertandingan, ia tidak merangkumi semua wanita, tanpa mengira apakah bakat, kemahiran, pendidikan dan kebolehan mereka, tetapi tidak lebih sebagai persembahan lembu eksotik dan hampir seperti acara lelong.

 

Baca seterusnya di: malaysiakini

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top