Dua Penjara Terus Jadi Penyumbang Utama Kes Positif Covid-19 Di Sabah

tweeter-masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua penjara di Sabah terus menjadi penyumbang kes positif COVID-19 tertinggi di negeri itu.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerusi perkongsiannya di Twitter, dua penjara tersebut penjara Kapayan di Kota Kinabalu dan penjara Tawau.

“50.3 peratus daripada keseluruhan 666 kes positif yang dilaporkan hari ini dikesan di dua penjara.

‘’Penjara Kapayan merekodkan 211 atau 76 peratus daripada 278 kes yang dilaporkan di Kota Kinabalu manakala penjara Tawau mencatatkan 124 atau 85.5 peratus daripada 145 kes keseluruhan di sana,’’ katanya.

Selain itu tambahnya, 99 peratus daripada kes yang dilaporkan hari ini merupakan kes kategori satu dan dua.

Pada Sabtu, Sabah merekodkan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dengan melaporkan 647 kes positif.

Ia sekali gus mencatatkan pertambahan sebanyak 321 kes berbanding 326 kes yang dilaporkan pada Jumaat.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif di Sabah meningkat kepada 75, 145.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top