COVID-19: Kes Positif Seluruh Dunia Lepasi 169 Juta Kes, Korban 3.51 Juta

covid.jpg
Kongsi Bersama

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 169 juta kes, berikutan lebih 550,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu yang disiarkan secara langsung oleh portal Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 34 juta kes.

Ini diikuti India dengan 27 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.2 juta kes.kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Russia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 3.51 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 606,179 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 454,000 kes, India lebih 315,000 kes dan Mexico dengan lebih 221,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 49,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 19,000 diikuti Malaysia dengan 2,432 kes.

Singapura kekal dengan 32 kematian setakat ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top