S.W.I.M.S: 39,276 warga asing didaftarkan setakat ini – Nizam

Dtk-Nizam.jpg

Datuk Nizam (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 39,276 warga asing berjaya direkodkan ke dalam Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (S.W.I.M.S) dan diperakukan oleh majikan, setakat ini.

Sistem ini memprofilkan pekerja asing secara digital melalui pengumpulan maklumat peribadi, pengecaman muka dan biometrik.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata daripada jumlah yang direkodkan itu 21,994 adalah pekerja dan 17, 282 adalah saudara mereka (orang tanggungan).

“Pada fasa awal, Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital ini tertumpu kepada sektor pertanian dan pembinaan kerana kedua-dua sektor ini mempunyai bilangan pekerja asing yang paling tinggi dan turut menuntut tenaga kerja aktif dalam kategori 3D iaitu dirty, difficult, dan dangerous.

“Sejak bermula pada 12 Sept 2022, sehingga kini, program itu giat berjalan termasuk pada bulan Ramadan,” kata Nizam pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Ewon Benedick (Upko- Kadamaian) mengenai status pendaftaran warga asing secara digital.

“Bagi pendatang asing tanpa izin pula, kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan membabitkan mereka di Sabah, di mana Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan agensi penguatkuasaan berkaitan akan sentiasa menjalankan operasi untuk menangkap dan menghantar pulang individu berkenaan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top