Tajuddin Dipecat Sebagai Pengerusi Prasarana

DSTajuddinRahman.jpg
Kongsi Bersama

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dipecat dari jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, lapor Malaysiakini.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan YB Dato’ Sri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta merta,” tulis surat yang dialamatkan kepada Tajudin itu.

Perkembangan itu hadir ketika Tajuddin mendapat kecaman susulan kenyataannya ketika mengendalikan sidang media mengenai kemalangan LRT baru-baru ini.

Setakat 7.30 malam tadi, petisyen yang menggesa pemecatan Tajuddin mendapat lebih 130,000 penandatangan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top