Sabah tingkat kedudukan sebagai hab pemindahan kapal

CM-kapal.jpg

Hajiji menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DPW yang berpangkalan di Dubai Sultan Ahmed Sulayem di sini pada Rabu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yakin kerjasama strategik di antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan DP World (DPW) iaitu pengendali terminal pelabuhan global akan menjadi aspirasi kepada Sabah dalam mempromosikan Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) sebagai hab pemindahan kapal utama di rantau ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, dalam visi jangka masa panjang, ia akan menambah baik saling hubungan darat dan laut di seluruh Sabah.

Katanya, ia sekali gus mengurangkan kos dan masa transit selain memperbaiki prestasi standard bagi keseluruhan rantaian bekalan di negeri ini.

“Saya gembira DP World memilih Sabah untuk mengembangkan perniagaannya dan saya menjemput DP World untuk melihat bidang ekonomi lain yang berpotensi di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DPW yang berpangkalan di Dubai Sultan Ahmed Sulayem di sini pada kelmarin.

Sementara itu, Sultan berkata, DP World berunding untuk menjalin kerjasama perniagaan dengan SPSB.

Beliau yang berada di kedudukan ke-11 pemimpin perniagaan Arab paling berkuasa pada 2023 memuji Hajiji kerana melaksanakan projek itu.

“Sabah adalah sebuah negeri yang indah dan terletak secara strategik untuk menjadi hab logistik di wilayah ini,” katanya sambil menambah DP World memilih Sabah kerana kestabilannya yang kondusif untuk pelaburan.

Beliau juga memberi jaminan melakukan yang terbaik untuk menggunakan hubungan Fortune 500 untuk membawa perniagaan ke Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top