Penderma Organ Kornea Pulih Penglihatan 3 Pesakit

derma-organ.jpg

Petugas kesihatan HQE memberi penghormatan kepada penderma organ Allahyarham Finno Joitol (1969 - 2023) sebelum penbedahan pendermaan organ bermula. NSTP/Ihsan JKNS

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Finno Joitol berusia 54 tahun menjadi penderma organ ketiga di Sabah bagi tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata Allahyarham Finno disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth kerana masalah perubatan.

Katanya, selepas keluarga dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ, pihak keluarga berbincang dan bersetuju mendermakan mata (kornea) dan prosedur pendermaan telah disempurnakan di HQE.

“Kornea yang didermakan juga berjaya ditransplan dan memulihkan penglihatan tiga pesakit iaitu kornea kanan kepada seorang penerima, dan kornea kiri kepada dua penerima.

“Pihak keluarga turut berbesar hati supaya kisah pendermaan ini boleh menjadi dorongan kepada orang ramai khususnya masyarakat di Sabah supaya tampil menjadi penderma organ,” katanya dalam kenyataan media, malam kelmarin.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, pihaknya mengucapkan takziah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih atas kemuliaan penderma dan seluruh ahli keluarga kerana memberikan anugerah kehidupan kepada pesakit yang memerlukan.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan pihak keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

“JKNS mengajak orang ramai menjadikan kemuliaan penderma organ dan keluarga mereka sebagai teladan,” katanya.

Pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

 

Sumber: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top