STAR Anjur Kolokium Penerangan Perhalusi Pelbagai Isu

Jalumin-Bayogoh.jpg

Jalumin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pelbagai isu melibatkan fungsi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan akan diperhalusi 28 biro Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah yang dilancarkan Presiden Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan pada Rabu.

Ketua Penerangan STAR Jalumin Bayogoh yang dilantik mengetuai Biro Penerangan berkata intipati pendekatan setiap biro akan dikongsikan kepada bahagian penerangan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita akan mengadakan Kolokium Penerangan dengan menjemput wakil-wakil penerangan parti-parti dalam GRS selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Jalumin menambah, rangka kerja penganjuran kolokium akan dibincangkan bersama Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai untuk mendapatkan restu dari Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Menurut Jalumin, kolokium bertujuan untuk menyatukan isu-isu GRS dalam memberikan perkhidmatan berkesan kepada rakyat dan seterusnya memberi input berkaitan isu-isu bersama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika menyampaikan watikah perkhidmatan ketua-ketua biro STAR, Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri meminta semua biro agar mendekati penyelesaian isu berdasarkan peranan kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Jalumin yang juga Timbalan Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) memaklumkan, sebaik mengemaskini struktur dan rangka kerja Biro Penerangan STAR, pihaknya akan mengukuhkan jalinan erat dengan biro penerangan parti-parti dalam GRS.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top