SANDAKAN: PAS Zon Sandakan akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 5 Mei ini bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Serbaguna Batu Putih, di sini.
Pengerusinya, Sahar Abdul Majid berkata, tujuan majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim melewati fahaman politik, bangsa dan pegangan agama.
“PAS bukanlah hanya sekadar sebuah parti politik sahaja, bahkan juga sebagai gerakan tarbiah, dakwah, pendidikan dan kebajikan,” jelasnya yang juga Setiausaha PAS Negeri Sabah.
Kata beliau, majlis itu akan turut dihadiri oleh Dr Aliakbar Gulasan selaku ADUN Dilantik merangkap Pesuruhjaya PAS negeri.
“Kita mengundang pimpinan parti-parti politik, para asatizah dan agamawan, jawatankuasa masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan.
Tambahnya, pelbagai aktiviti dan juadah tradisional yang menarik disediakan kepada para tetamu.
“Dijemput semua masyarakat yang berdekatan untuk menghadiri dan memeriahkan lagi majlis Aidilfitri ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY