Kebakaran di Sandakan: Nenek 84 tahun ditemukan rentung

kebakaran.jpg

Tragedi kebakaran itu mengorbankan seorang nenek berusia 84 tahun. (Foto: Facebook)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seorang warga emas ditemukan rentung setelah gagal menyelamatkan diri apabila rumahnya di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun Batu 28, di sini, terbakar tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mayat wanita berusia 84 tahun itu ditemukan berhampiran pintu rumahnya.

Sinar Harian dalam laporannya memetik Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui sebagai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.41 tengah malam.

Seramai 12 anggota kemudian dikerah ke lokasi kejadian di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, 45km dari BBP Sandakan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100%.

“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan mayatnya yang rentung ditemukan berhampiran pintu keluar rumah,” kata Severinus.

Beliau berkata, ketika kejadian, seorang anak mangsa dan dua lagi cucunya turut berada di dalam rumah tersebut.

Operasi memadam kebakaran tamat pada 3.17 pagi, dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top