GRS tidak gentar berdepan gabungan Umno-Warisan

hajiji-2.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: “Jangan bimbang. Mereka telah cuba menggoncang pentadbiran negeri berkali-kali, tetapi kami berjaya (mematahkan usaha),” demikian tegas Pengerusi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Haji Noor ketika mengulas kemungkinan parti pembangkang di Sabah, khususnya Warisan dan Umno bergabung menentang kerajaan pimpinannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, rakyat telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada GRS dan beliau yakin ia menunjukkan rakyat mahkuman kemajuan dan kestabilan politik.

Berpegang pada keyakinan itu beliau menegaskan bahawa GRS tidak gentar terhadap kemungkinan berdepan kerjasama Warisan dan Umno pada PRN itu nanti.

Hajiji berkata demikian dalam wawancara dengan portal berita FMT.

“Bagi saya sama ada dua parti berkenaan mahu bergabung itu hal mereka. GRS mempunyai tanggungjawab yang diberi mandat rakyat mentadbir sehingga tempoh tamat,” katanya.

Penggal DUN Sabah hanya akan berakhir pada Oktober 2025, tetapi Hajiji baru-baru ini membayangkan bahawa pilihan raya negeri mungkin berlangsung lebih awal daripada yang dijadualkan.

Dalam wawancara itu, Hajiji juga mengulangi sokongannya kepada kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang genap setahun mentadbir Putrajaya pada November lalu.

“Saya nampak beliau mempunyai dasar yang baik untuk masa depan Malaysia, dasar boleh membangunkan negara di masa akan datang,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top