Shahelmey perjelas isu pengurangan had laju di Jalan Lintas

shahelmey-1.jpg

Datuk Ir Shahelmey Yahya (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengurangan had laju lalu lintas di Jalan Lintas, di Luyang merupakan langkah keselamatan yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di situ.

Menteri Kerja Raya Negeri Datuk Shahelmey Yahya berkata had laju bagi laluan antara Lintas Plaza dan Klinik Kesihatan Luyang akan ditukar daripada 80 km/j kepada 60 km/j.

“Perubahan itu disebabkan oleh kehadiran persimpangan U bertingkat dan susur keluar masuk di jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri III berkata, bagi laluan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Inanam, had laju 60 kmsj digunapakai di sepanjang laluan kira-kira 870 meter, bermula dari persimpangan lampu isyarat Lido dan berakhir sebelum persimpangan lampu isyarat Jalan Kolam/Damai.

“Begitu juga, dari arah Inanam ke KKIA, had laju 60 km/j dikuatkuasakan sepanjang lebih kurang 950 meter bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Kolam/Damai dan berakhir sebelum persimpangan lampu isyarat Lido,” katanya lagi .

“Selain daripada persimpangan isyarat yang disebut di atas, had laju 80 km/j masih diguna pakai di Jalan Lintas yang direka bentuk dengan had kelajuan 80 km/j mengikut Piawaian Jabatan Kerja Raya Sabah.

“Papan tanda jalan yang menyataka had laju di jalan tersebut telah didirikan semenjak persimpangan U bertingkat di Jalan Lintas dibuka kepada orang awam pada Januari 2023,” katanya.

Minggu lalu, beberapa pemandu berkata mereka terkejut selepas menerima saman kerana secara tidak sengaja melebihi had laju yang didakwa ‘tidak diumumkan’.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top