Cabaran Guru-Guru Di Ulu Papar, Penampang Sabah, ‘Bertarung’ Lawan Lumpur Sebelum Sampai Sekolah

cabaran-guru-penampang.jpg

Masalah keperluan insfrastruktur dan kemudahan awam di Sabah selalu menjadi keluhan dan rungutan orang ramai terutamanya di kawasana pedalaman Sabah. Selain masalah air, jalan raya juga adalah isu utama yang sering menghantui kehidupan harian masyarakatnya.

Seperti perkongsian yang dibuat oleh pemilik laman Facebook, Nousi Giun, yang memaparkan sebuah video berdurasi 2 minit 40 saat tentang “Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di Kawasan Ulu Papar”. Video berkenaan memperlihatkan bagaimana empat buah motosikal dan sebuah kereta 4×4 terpaksa melalui jalan yang dipenuhi lumpur untuk pergi keb tenoat mengajar.

Menurut Nousi, mereka telah mengajukan permohonan untuk tabur batu di jalan tersebut agar pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan tersebut dengan lebih selamat. Tapi sehingga hari ini tiada tindakan.

Lagi menghampakan bila Nousi sebelum ini telah berusaha membantu membangunkan ekonomi orang kampung dengan projek penanaman halia, namun masalah utama yang terpaksa orang kampung hadapi ianya keadaan jalan yang menyusahkan pergerakan mereka.

Menurutnya lagi, sudah berpuluh kali pemimpin kerajaan, pemimpin kampung melalui jalan tersebut tapi pemimpin tidak melakukan apa-apa tindakan bahkan Kawasan tersebut hanyalah 37 KM dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Nousi sangat berharap agar dapatlah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.

“Jangan kasi malu Penampang bah. Ulu Papar juga bah kasi ‘famous’ Daerah Penampang kepada dunia luar sebab ada sungai yang cantik dan ada ‘salt trail’, katanya.

Tambahnya, Ulu Papar juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai Biosfera Rezab yang mana ini merupakan pengiktirafan untuk komuniti Ulu Papar berhubungan penjagaan alam sekitar.

 

Sumber Facebook : Nousi Giun

Sumber berita: Sabah Focus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top