60 pelajar B40 di Tuaran terima bantuan awal pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat

YBR-Tuaran.jpg

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (dua, kanan) dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyampaikan bantuan awal pengajian kepada salah seorang penerima. - Kredit foto: Yayasan Bank Rakyat

Kongsi Bersama

TUARAN: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran menyalurkan RM30,000 sebagai bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

YBR menerusi kenyataan memaklumkan seramai 60 pelajar dalam kalangan keluarga B40 di daerah itu menerima bantuan berkenaan pada majlis penyerahan di sini hari ini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Bantuan kewangan itu sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian,” menurut kenyataan itu.

Madius turut berterima kasih kepada YBR atas bantuan buat kali kedua berturut-turut dan berharap usaha itu dapat dikekalkan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan dalam pendidikan.

Pengerusi YBR Datuk Phillip Benedict Lasimbang pula berkata bantuan tunai itu merupakan inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Menurut kenyataan itu, pada tahun lepas sebanyak 3,580 pelajar di seluruh negara telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan peruntukan berjumlah RM2.29 juta. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top