Lebih 2,500 Peluang Kerja Ditawarkan Di Showcase Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ

ekspo-kerjaya.jpg

Gambar sekadar hiasan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sempena sambutan setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ), yang bermula jari ini sehingga 30 Mac, beberapa program yang terbuka kepada orang ramai diadakan, antaranya Showcase Setahun SMJ dan Career GIG-SMJ.

Showcase Setahun SMJ melibatkan 28 pempamer terdiri daripada kementerian, jabatan, agensi negeri dan Persekutuan, syarikat pelabur, syarikat minyak dan gas berlangsung selama tiga hari bermula 28 Mac, di Dewan Kinabatangan II, Sabah International Convention Centre (SICC), dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Showcase Setahun SMJ ini bertujuan mempamerkan pencapaian inisiatif Hala Tuju SMJ selama setahun.

Manakala, kepada orang ramai dan belia yang masih mencari peluang pekerjaan, program Career Gig-SMJ pula dilangsungkan di Dewan Kinabatangan III, SICC pada 29 Mac, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

Lebih 2,500 jawatan kosong ditawarkan oleh majikan dari pelbagai sektor dan industri antaranya Jurutera Projek, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik, Pereka Grafik, Pengurus Sumber Manusia, Agen Takaful, Konsultan Spa, Kerani, Pengurus Akaun dan Pengurus Pemasaran.

Program ini anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Antara majikan yang menawarkan peluang pekerjaan adalah syarikat swasta serta agensi perhotelan terkemuka seperti SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, Talent Suites Sdn Bhd, Agensi Pekerjaan Kaizen Sdn Bhd, Petra Resources Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Zarrich Empire Sdn Bhd, BTC Maju Holdings Sdn Bhd, Marriott Hotel, Sutera Harbour Resort, Allianz General Insurance Co (M) Bhd, Mosulu Construction & Engineering dan Ibis Styles Hotel.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor akan melancarkan Showcase Setahun SMJ dan Career Gig itu pada 29 Mac.

Sementara itu, pengunjung juga peluang untuk menyaksikan robot pertama milik kerajaan Negeri Sabah dalam acara ‘Meet and Greet Pepper‘ dalam inisiatif pendigitalan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, sepanjang program showcase berkenaan berlangsung.

Orang ramai dialu-alukan untuk hadir kerana mereka juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang tiga hari showcase dijalankan dan pelbagai hadiah menarik telah disediakan oleh penganjur.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top