Usaha Bersihkan Daftar Pemilih Kini Terserah Kepada Pemimpin Kerajaan – Yong

yong-teck-lee.jpg

DSP Yong Teck Lee

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Usaha sejak sekian lama rakyat Sabah untuk memastikan daftar pemilih Sabah bersih dan tidak dicemari oleh pengundi haram atau meragukan kini perlu diambil oleh pemimpin kerajaan di peringkat Persekutuan dan Sabah, kata ADUN Dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee.

Katanya, ini adalah kerana Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu telah pada 12 Disember 2022, memutuskan bahawa terdapat jalan lain untuk mendapatkan remedi untuk membersihkan daftar pemilih, dan jalan alternatif itu adalah proses pentadbiran dan politik.

Pada pertengahan November tahun lalu, tiga lagi ADUN dan saya sendiri telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjalankan audit forensik dan siasatan terhadap daftar pemilih 2022 yang akan digunakan untuk pilihan raya parlimen pada 26 November 2022.

Plaintif bersama saya ialah Datuk Abidin Madingkir (ADUN Paginatan), Datuk Jasnih Daya (ADUN Pantai Dalit) dan Datuk Annuar Ayub (ADUN Liawan).

Memandangkan adanya jalan alternatif dan jalan lain, selain melalui mahkamah, saya telah mengarahkan peguam kami untuk tidak merayu perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kami untuk semakan kehakiman,” kata Yong dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, sebagai mangsa daftar pemilih yang meragukan pada masa lalu, beliau amat prihatin bahawa daftar pemilih mestilah bersih dan hanya mengandungi pengundi yang sah.

Kami, plaintif, ingin mengucapkan terima kasih kepada saksi kami, pasukan undang-undang dan orang ramai yang telah menggalakkan tindakan undang-undang kami demi kepentingan Sabah,” katanya.- WARTA ORIENTAL

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top