Ronald Dilantik Ketua Bersatu Sabah

ronald-watikah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bersatu secara rasmi melantik Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah selepas menerima watikah yang berkuat kuasa pada 10 Disember lalu.

Naib Presiden Bersatu itu dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Hajiji Noor yang keluar parti.

Watikah pelantikan disampaikan oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas selesai Mesyuarat Biro Politik parti itu semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Ronald juga turut dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top