BERNAS Sumbang Hampir 3,000 Kotak Makanan

sumbangan-BERNAS.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melalui program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) baru-baru ini telah menggerakkan misi bantuan menerusi inisiatif ‘Ikhlas untuk Malaysia’.

Bagi melancarkan misi ini, BERNAS telah memperuntukkan hampir 3,000 kotak makanan yang mengandungi pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan lain-lain.

Menurut kenyataan medianya pada Jumaat, anggota kerja BERNAS di seluruh negeri di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung telah mula mengedarkan bantuan makanan tersebut kepada masyarakat setempat secara berperingkat melalui 33 buah lokasi pusat operasi BERNAS.

‘Ikhlas untuk Malaysia’ merupakan sebahagian daripada pendekatan yang diambil syarikat dalam memastikan kesejahteraan masyarakat di negara ini terus dipelihara.

BERNAS berharap Inisiatif ini dapat meringgankan beban kumpulan masyarakat yang rata-ratanya terjejas punca pendapatan dan memerlukan sokongan bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh perlaksanaan ‘lokckdown’ di seluruh negara.

Selaku organisasi korporat yang bertanggungjawab bagi menjamin kestabilan bekalan beras dan sekuriti makanan negara, BERNAS turut melihat inisiatif ini sebagai salah satu peluang untuk syarikat menyumbang semula kepada masyarakat seiring dengan matlamat berkongsi kemakmuran bersama penduduk secara lebih inklusif.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top