PBS dan STAR perlu bergabung sekarang sebelum terlambat, kata aktivis

maslan-maginda.jpg

Maslan Maginda

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Sebuah NGO Momogun menggesa Star dan PBS menyegerakan rundingan antara mereka ke arah penggabungan secepat mungkin.

Presiden Pertubuhan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT), Maslan Maginda, membuat rayuan ini dalam satu kenyataan di sini menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang mendesak untuk masa depan sosioekonomi dan politik komuniti Momogun di Sabah.

“Penggabungan itu akan membawa banyak kebaikan demi penyatuan dan sekali gus mengukuhkan masyarakat Momogun di bidang sosioekonomi dan politik Sabah,” kata Maslan.

“Jika kedua-dua parti benar-benar percaya kepada perpaduan dan mahu memperkasakan kaum mereka sendiri demi masa depan bersama, mereka sekarang harus membuktikannya dengan bersatu dan bekerjasama sebagai satu badan.

“Momoguns sebagai sebuah komuniti menghadapi banyak cabaran hari ini, terutamanya dengan ancaman yang mereka hadapi dalam ekonomi dan demografi.

“Hanya kerana STAR dan PBS kedua-duanya berada dalam kerajaan yang memerintah, mereka tidak sepatutnya lupa bahawa masyarakat Momogun sedang diancam akan tewas dalam pelbagai bidang kerana kita masih berpecah kepada banyak parti politik termasuk UPKO, PBRS dan Anak Negeri.

“Ini belum dikira lagi orang-orang kita yang menjadi ahli parti-parti lain yang bukan berasas Momogun,” katanya.

Maslan berkata, sebenarnya semua parti yang berasas Momogun kini harus duduk dan bergabung menjadi satu, dengan mempertimbangkan secara serius cadangan perpaduan melalui penggabungan oleh Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

“Kita pernah gagal dalam percubaan untuk bergabung pada masa lalu tetapi kita tidak harus berputus asa. Pertimbangan utama bukanlah kedudukan dan kepentingan peribadi tetapi masa depan kolektif masyarakat orang-orang kita,” ujar beliau.

“Malah, pengggabungan sedemikian akan juga memperkuatkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah. Kita mesti bertindak sekarang sebelum terlambat. Harinya mungkin akan tiba di mana kita telah banyak kerugian sehingga tidak ada cara lagi untuk memulihkan kerosakan sosial, ekonomi dan politik kepada orang Momogun,” tambahnya.

Berita asal: Borneo Herald

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top