Pembukaan Kolej Komuniti Tuaran ditangguhkan

madius.jpg

Gambar fail.

Kongsi Bersama

TUARAN: Pembukaan Kolej Komuniti (KK) Tuaran ditangguhkan berikutan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dalam proses melaksanakan transformasi politeknik dan pemerkasaan kolej komuniti.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata transformasi itu membabitkan penjajaran semula program dan institusi serta penstrukturan semula organisasi dan perjawatan.

Menerusi kenyataannya pada Khamis, Tangau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal kepadanya di Parlimen.

“Penangguhan ini juga mengambil kira beberapa perkara lain membabitkan keupayaan kewangan kerajaan dan peruntukan semasa yang diperoleh.

“Waran perjawatan KK Tuaran yang diluluskan pada 2014 juga dipindahkan ke Kolej Komuniti Kota Kinabalu (KKTA) pada 2016 atas saranan Kementerian Kewangan,” katanya menerusi kenyataan itu.

Terdahulu, Tangau meminta penjelasan perkembangan terbaharu KK Tuaran yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 2018.

“Ketika sidang Parlimen pada 8 April 2014, saya dimaklumkan Menteri Pendidikan pada ketika itu mengenai kelulusan waran perjawatan sebanyak 14 jawatan.

“Pada 27 April 2018, saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Tuaran merasmikan pembukaan Kolej Komuniti Tuaran di Bangunan Kedai Bukit Giling, Tuaran,” katanya.

Beliau berkata, Tuaran sudah berusaha memohon dan memperjuangkan kemudahan belajar itu untuk anak Tuaran dan sekitarnya.

“Kerajaan sudah luluskan, namun sehingga kini masih belum beroperasi, dan belum ada pengambilan pelajar,” katanya.

Tangau berkata, KPT menerusi JPKK sudah memulakan kerja perancangan pengoperasian KK Tuaran di kampus sewaan seawal 2012.

“Namun sehingga waran perjawatan diluluskan, KK Tuaran belum memulakan operasi di premis berkenaan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top