Tiga Jawatan Utama PMBS Dimenangi Tanpa Bertanding

arifin-arif.jpg

Datuk Dr Arifin Arif (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga jawatan utama Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) dimenangi tanpa bertanding apabila pencalonan cawangan-cawangan PMBS dari seluruh Sabah ditutup 31 Mei lepas.

Presiden PMBS Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Arif mengekalkan jawatan presiden apabila menerima 28 dari 29 pencalonan dari cawangan-cawangan PMBS dan satu cawangan tidak menghantar pencalonan.

Mohd Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan terus menerajui PMBS untuk sesi 2023-2025 selaku presiden.

Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden Datuk Haji Pengiran Saifuddin Haji Pengiran Tahir.

Bekas Pengurus Besar Sedco itu menerima 27 dari 29 pencalonan dan pencabarnya yang hanya menerima satu pencalon telah menarik diri.

“Satu lagi cawangan tidak menghantar pencalonan dan ini bermakna Pengiran Saifuddin berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden,” kata Setiausaha Agung PMBS, Norhassan Haji Ismail dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata satu lagi jawatan utama yang dimenangi tanpa bertanding ialah Naib Presiden apabila penyandangnya, Haji Pengiran Japar Haji Pengiran Osman juga menerima 27 dari 29 pencalonan dan pencabarnya yang hanya menerima satu pencalonn juga menarik diri manakala satu cawangan juga tidak menghantar pencalonan.

Norhassan berkata seramai 30 orang telah dicalonkan untuk merebut sembilan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Pusat (AJP) dalam Mesyaurat Agung PMBS Pusat yang akan diadakan pada 3 Jun ini di Dewan Hijrah Tingkat 2 Wisma Muis.

Bagaimanapun katanya dari 30 calon itu, lima orang calon telah pun menarik diri setakat ini.

Beliau berkata kira-kira 200 perwakilan dan pemerhati dijangka akan menghadiri mesyuarat agung itu yang akan dirasmikan oleh Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin bermula jam 9 pagi.

 

Sumber: Sabah360online

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top