JIM Sabah tahan 108 PTI di Semporna dan Kunak

PATI.jpg

Antara PTI yang berjaya ditahan dalam operasi tersebut.

Kongsi Bersama

TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menahan seramai 108 pendatang tanpa izin (PTI) menerusi Operasi Penguatkuasaan (Ops Kutip/Mahir) yang dijalankan di daerah Semporna dan Kunak, kelmarin.

Ketua Pengarah JIM Sabah, Datuk Sharifah Sitti Salehah Habib Yussof berkata, operasi itu melibatkan seramai 63 pegawai dari pejabat Imigresen Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau.

Katanya, operasi yang dijalankan bermula jam 8.50 pagi itu menyasarkan beberapa lokasi tumpuan termasuk kawasan tapak pembinaan.

“Seramai 1,200 individu diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 81 orang telah ditahan di Semporna manakala 27 lagi ditahan di Kunak.

“Mereka yang ditahan adalah 101 warga Filipina, China (6), dan seorang warga Pakistan masing-masing berumur antara satu hingga 66 tahun,” katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.

Menurutnya, semua PTI terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal melebihi masa, penyalahgunaan pas serta membenarkan imigran haram masuk dan tinggal di premis.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Peraturan 39(b) dan Seksyen 56(1)(d),” katanya.

 

Berita asal: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top