619 Ahli PNK Beluran Terima ESHN

ronald-2.jpg

Ronald berucap di Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan PNK Beluran.

Kongsi Bersama

BELURAN: Seramai 619 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dalam majlis yang berlangsung di sini semalam.

Penyerahan elaun itu disempurnakan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, yang juga Ahli Parlimen Beluran.

Menurut Ronald pemberian ESHN berjumlah RM300 yang diberikan setiap bulan kepada nelayan itu menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Persekutuan melalui LKIM dalam memainkan peranannya menjaga kebajikan serta memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan.

Kadar ESHN juga telah ditingkatkan oleh Kerajaan bermula Januari 2021, iaitu daripada RM 250 kepada RM300 sebulan.

“Kerajaan mengolah pelbagai program prihatin nelayan seperti membaiki perumahan nelayan, infrastruktur asas rumah perhubungan jambatan, Elaun Sara Hidup Nelayan dipastikan sampai serta program bantuan peralatan perikanan diteruskan untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan negara,” kata beliau.

Di Negeri Sabah, sebanyak RM22 juta disalurkan pada tahun ini bagi tujuan bantuan ESHN kepada 7,671 penerima/nelayan.

Pemberian ESHN merupakan program bantuan dalam bentuk kewangan yang diberikan setiap bulan kepada pemilik vessel/bot perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak. Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk bayaran ESHN adalah nelayan warganegara Malaysia yang mempunyai lesen vessel/bot yang sah, berusia 18 tahun ke atas serta golongan kategori pemilik vessel/bot perikanan Zon A sahaja dan awak-awak Zon A, B, C dan C2.

Dalam majlis ini juga, Dr. Ronald turut menyerahkan ‘mock cheque’ bantuan bangunan baharu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran dengan peruntukan sebanyak RM528 ribu.

Dr Ronald berkata melalui PNK Beluran dan PNK baharu di Sugut yang bakal diwujudkan nanti, diharap lebih ramai nelayan didaftar sebagai ahli untuk memperoleh bantuan Kerajaan seperti permohonan lesen perahu dan lesen perikanan.

 

Kredit foto: FB Dr Ronald Kiandee

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top