Mahdzir Khalid Pertahan Naib Presiden UMNO

mahdzir-khalid.jpg

PADANG TERAP 12 JUN 2018. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. NSTP/AMRAN HAMID

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengesahkan akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti itu pada bulan depan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat dalam sidang medianya hari ini.

Menurut bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar itu, beliau memutuskan demikian kerana mahu memperkukuh UMNO yang kini berada dalam situasi yang mencabar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga bekas menteri besar Kedah (2008-2013) juga berkata beliau menawarkan diri untuk bersama-sama saf kepimpinan bagi membantu Presiden dan Timbalan Presiden berbekalkan pengalamannya di peringkat Persekutuan dan negeri.

Di atas faktor itu, bagi menggembleng semangat perjuangan UMNO saya membawa gagasan kebersamaan perjuangan dalam pemilihan kali ini demi perjuangan UMNO,” katanya.

Mahdzir dipilih menduduki kerusi Naib Presiden sejak 2018.

Selain Mahdzir, seorang lagi Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengesahkan mempertahan jawatan.

Seorang lagi penyandang iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum menyatakan pendirian sehingga kini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top