Bung Akan Jelajah Sabah, Sokong Calon GRS

BM.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin akan menjelajah Sabah bagi menzahirkan sokongan kepada calon parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lain yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Bertanding di Lamag, Bung Moktar berkata beliau tidak akan mengabaikan para pengundinya meskipun berkempen di kawasan lain.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya selaku Pengerusi BN negeri untuk memastikan bahawa semua jentera pilihan raya bekerja keras bagi memenangkan semua calon BN dan rakan kita dalam GRS pada pilihan raya ini.

“Ini penting kerana kita bertanding untuk menang, jadi kita perlu berusaha seperti orang yang ingin menang,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan mesyuarat dengan jentera pilihan raya BN Libaran di sini semalam.

Bung Moktar juga berkata sebagai pemimpin BN negeri, beliau mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan termasuk memberi sokongan dan kekuatan kepada calon GRS selain membantu mereka meraih kemenangan.

— BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top