Gagasan Rakyat Belum Putuskan Bantu Kempen PRN Di Enam Negeri

Nizam.jpg

Datuk Nizam (Gambar fail)

Kongsi Bersama

TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) belum memutuskan untuk menghantar jentera kempen bagi membantu rakan gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di Semenanjung.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pihaknya sememangnya menyokong Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Gagasan Rakyat akan menghantar jentera kempen sekiranya terdapat arahan daripada pucuk pimpinan.

“Pendirian Gagasan Rakyat jelas akan terus memberi sokongan kepimpinan kerajaan Malaysia dan kita bersedia membantu berkempen sekiranya diperlukan.

“Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor baharu sahaja menghadiri mesyuarat Perpaduan bersama Perdana Menteri dan sekarang kita hanya menunggu arahan sahaja,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, PRN kali ini sangat penting bagi memastikan politik negara terus stabil dan tidak membebankan rakyat.

“Saya yakin rakyat mahukan kestabilan politik terus berlaku di negara ini dan akan memilih calon Kerajaan Perpaduan dalam PRN kali ini.

“Semua ahli parlimen dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada kepimpinan Anwar ketika ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah diadakan serentak pada 12 Ogos depan, dengan penamaan calon pada 29 Julai ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top