Kerajaan PN Perak Perlu Dikekalkan, PPBM Dan PAS Harus Sokong – SUA UMNO

aHMADMASLAN.jpg

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, mahukan PAS dan PPBM terus bersama Umno menerajui Perak setelah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terpaksa berundur sebagai menteri besar.

Ahmad berkata walaupun Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, terpaksa meletak jawatan, barisan exco kerajaan negeri harus dikekalkan bawah pimpinan menteri besar baharu.

“Umno juga berpendirian bahawa PPBM dan PAS harus mendukung kerajaan PN negeri Perak,” katanya.

Ahmad berkata demikian setelah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menegaskan parti itu tidak akan menyertai kerajaan negeri baharu yang bakal ditubuhkan.

Jelas Ahmad, usul undi percaya di DUN Perak hanya melibatkan jawatan menteri besar dan tidak mengubah status kerajaan negeri pimpinan PN bawah teraju bersama Umno, PPBM dan PAS.

Sejumlah 24 daripada 25 ADUN Umno menolak Faizal dalam undi percaya belah bahagi manakala semua tiga Adun PAS menyokong beliau.

Dengan jumlah Adun paling ramai dalam DUN, kerajaan baharu Perak dijangka dipimpin oleh Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top