Sokongan Masyarakat Cina Kepada STAR Kian Berkembang

stephen-teo-STAR.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Perjuangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah semakin diterima masyarakat pelbagai kaum di negeri ini termasuk kaum Tionghua.

Pemangku Timbalan Presiden STAR Datuk Kapitan Stephen Teo berkata penyertaan dan penglibatan kaum Tionghua ke dalam parti pimpinan Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan ini kian memberangsangkan.

“Penyertaan kaum Tionghua ke dalam Parti STAR bertambah dari hari ke hari dan sudah tentu ini amat menggembirakan parti yang berkonsep berbilang kaum,” katanya.

Stephen yang juga Ketua Bahagian STAR Karambunai berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Nasional STAR bertemakan ‘STARSABAH 2030 & BEYOND’ di ITCC baru-baru ini.

Turut menyampaikan ucaptama ialah dua Timbalan Presiden Datuk Ellron Alfred Angin dan Datuk Robert Tawik manakala Setiausaha Agung Datuk Edward Linggu memberi pengenalan tentang tema dan ulang tahun Ke-7 parti.

Stephen yakin penerimaan pelbagai kaum khususnya Tionghua ke atas perjuangan parti STAR akan terus berkembang untuk meletakkan parti ini sebagai entiti penting dalam politik Sabah dan Persekutuan.

Dalam butiran yang diberikan kepada media, Stephen menyatakan setakat ini terdapat enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dipimpin Ketua Bahagian etnik Cina.

“Ini merupakan perkembangan terbaru selepas PRN-16 sebagai tambahan kepada beberapa pemimpin parti sedia ada yang berketurunan Cina,” katanya.

Menurut Stephen, kepimpinan Cina dalam STAR telah melaksanakan pengagihan bakul makanan sejak Covid-19, roti bun kepada murid-murid memerlukan, susu tepung kepada ibu-ibu luar bandar dan Tahun Baru Cina STAR yang pertama.-Borneolinenews

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top