SM St Michael Sekolah Pertama Di Sabah Miliki Perpustakaan Digital

sek-st-michael.jpg

Philip (dua dari kanan) meninjau Sir Corner YBR di SM St Michael, Penampang, Sabah.

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Sekolah Menengah St Michael menjadi sekolah pertama di Sabah yang mempunyai perpustakaan digital sendiri, dengan lebih 100,000 kandungan digital yang terdapat di pangkalan data ‘Sir Corner YBR (Yayasan Bank Rakyat)’.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, informasi yang berasaskan 80 peratus bahan bacaan digital dan 20 peratus bahan bacaan fizikal itu meliputi jurnal, buku ilmiah, fiksyen, majalah serta akhbar dalam dan luar negara.

Menurutnya, selain menaja program kecemerlangan, YBR juga turut melancarkan ‘Sir Corner’ bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan-bahan bacaan digital yang bersesuaian dengan komuniti setempat.

“Sir Corner di bawah Perpustakaan Serambi Ilmu Rakyat (SIR) merupakan inisiatif yang telah dijalankan sejak tahun lepas, bertujuan menyediakan satu ruang yang dilengkapi dengan set komputer, meja dan 50 keahlian E-Perpustakaan.

“Kandungan di dalam pangkalan data SIR Corner menjadikan perpustakaan digital ini sebagai sebuah hab pendidikan tanpa sempadan,” katanya semasa gimik penyerahan Sir Corner dan perasmian Program Kecemerlangan dan Kelas Bimbingan Butiza di Dewan SM St. Michael, di sini.

Turut hadir, Pengetua SM St Michael, Jennifer Asing; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

 

Sumber: Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top