Setuju atau tidak, keputusan Lembaga Pengampunan tak boleh dicabar – Hassan

hassan-karim.jpg

Hassan Karim

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap keputusan Lembaga Pengampunan petang Jumaat, 2 Februari ini terhadap Datuk Seri Najib Razak bersabit kes SRC International adalah munasabah dan berpatutan.

Menurut Hassan yang juga pengamal undang-undang, keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusiksn oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berkuasa ke atas Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan tidak boleh dicabar di mahkamah, sama ada kita bersetuju dengannya ataupun tidak.

“Ia tetap tidak boleh dibicarakan di mahkamah undang-undang sama ada Yang di-Pertuan Agong menerima nasihat Lembaga Pengampunan ataupun tidak.

“Ini kerana kuasa membuat keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah bersifat kuasa budi bicara baginda dengan syarat sebelum Seri Paduka membuat keputusan tersebut, satu mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan dan dipengerusikan oleh Baginda.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak tentang hal semacam ini, itu adalah persoalan lain.

“Satu hal perlu disedari bahawa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah Mahkamah Belas Ihsan (court of mercy) bukannya mahkamah undang-undang biasa (court of laws),” katanya.

 

Baca seterusnya di: SUARA TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top