SSK Ucap Tahniah Pada KJ Atas Permulaan Yang Baik Sebagai Menteri Kesihatan

ssk-kj.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengucapkan syabas kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas permulaan yang baik sebagai Menteri Kesihatan baharu.

Beliau berkata pendekatan sesi media yang dipamerkan oleh Khairy amat sesuai kerana berasaskan data, sains dan mesra rakyat.

“Syabas kepada KJ (Khairy Jamaluddin) atas permulaan baik sebagai Menteri Kesihatan baru. Semoga kita bangkit bersama mengatasi wabak ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Khairy Jamaluddin memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kesihatan tiga hari lepas.

Sebelum ini, Khairy memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pentadbiran terdahulu.

Khairy bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top