Tiba Masa Sabah Diberi Autonomi Ekonomi – SSK

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) menyifatkan sudah tiba masanya Sabah diberikan autonomi ekonomi.

Salleh berkata, birokasi sedia ada perlu dikurangkan bagi membolehkan negeri ini mendapat kapasiti untuk membuat keputusan bebas sendiri mengenai masa depan ekonominya.

“Merujuk kepada kenyataan dibuat Datuk Seri Bung Moktar Radin terbaru di Parlimen, saya percaya sudah tibanya masa Sabah diberikan ‘autonomi ekonomi’.

“Kurangkan birokrasi dan berikan kerajaan Sabah kapasiti untuk membuat keputusan bebas sendiri mengenai masa depan ekonominya.

“Jangan kita membuang masa dan wakilkan kepada Kerajaan Sabah mana-mana kuasa relevan untuk membuat keputusan kewangan dan pelaburan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Jumaat.

Kelmarin, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meminta kerajaan Persekutuan memberikan autonomi penuh kepada negeri ini sebagai persediaan merebut peluang ekonomi selepas kerajaan Indonesia mengumumkan pelbagai projek infrastruktur dan peluang perniagaan di Kalimantan.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top