TH Sumbang Van Kepada Pusat Tahfiz Di Kota Belud

idris-ahmad.jpg

Idris

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) semalam menyerahkan sebuah van kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran, Kota Belud, Sabah untuk kegunaan pelajar di situ.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata sumbangan itu dilakukan menerusi Program Mobiliti TH yang juga satu daripada 40 unit van yang disumbangkan kepada institusi agama dan persatuan di seluruh negara.

Beliau berkata TH memperuntukkan RM5.4 juta sepanjang tahun ini untuk melaksanakan program itu.

Katanya, sejak enam tahun lalu, TH telah menyumbang sebanyak 96 unit van untuk kegunaan lebih 300,000 ahli kariah masjid atau surau khususnya di luar bandar di seluruh negara.

“Saya berharap pengurusan Pondok Fii Dzilallil Qu’ran dapat mengambil manfaat daripada sumbangan ini dan memastikan van digunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pelajar setiap hari,” katanya.

Pada 2016, agensi itu memulakan Program Mobiliti TH yang antara lain menyumbang van kepada masjid dan surau yang kemudian diperluaskan kepada pusat tahfiz, badan dan rumah kebajikan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak pada 2021.

Mengenai pembayaran zakat TH, Idris berkata agensi itu telah membayar sebanyak RM101 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri di seluruh negara.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top