PRU15: BN Sabah Kini Dalam ‘Mod Bertempur’, Kata SSK

ssk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah kini berada dalam “mod bertempur’ untuk berdepan segala kemungkinan termasuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (SSK) berkata jentera di semua peringkat perlu bersiap sedia dan bekerja kuat untuk memenangkan partii.

“Ini penting kerana untuk menang, 50 peratus bergantung kepada persediaan dan 50 peratus lagi kempen dalam pertempuran,” katanya.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN dan himpunan gelombang biru bagi parlimen Kota Belud dan Tuaran di Dewan Masyarakat Tun Said di sini pada Sabtu.

Pelancaran majlis itu disempurnakan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Salleh turut menekankan betapa pentingnya penyokong dan pemimpin BN bersatu padu demi memastikan BN menang dalam PRU15.

“Oleh itu, kita perlu ketepikan soal calon…jangan kita gaduh-gaduh pasal calon, biarlah pucuk pimpinan parti memutuskannya,” katanya.

Salleh turut mengajak rakyat Sabah supaya memberi sokongan padu kepada BN demi kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan pada PRU15 akan datang.

 

Kredit foto: FB Salleh Said Keruak

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top