Ketua Menteri mahu SEDIA cari sumber ekonomi baharu

hajiji-2.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) perlu melihat kerjasama bagi mewujudkan sumber ekonomi baharu bagi negeri ini.

“Kita mesti mampu melakukan anjakan paradigma terhadap proses pembangunan sosioekonomi negeri.

“Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersialan,” kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika mempengerusikan mesyuarat lembaga SEDIA di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di Lok Batik di sini pada Khamis.

Hajiji, yang juga pengerusi SEDIA, berkata sudah tiba masanya untuk Sabah melepaskan pergantungan kepada sumber ekonomi sedia ada seperti minyak sawit, minyak dan gas serta getah.

Jabatan Perangkaan menyatakan bahawa eksport utama Sabah pada 2022 ialah minyak sawit mentah berjumlah RM21.1 bilion, gas asli cecair RM5.2 bilion, petroleum mentah RM30 bilion dan minyak isirong sawit RM 3.1 bilion.

Bagaimanapun Hajiji berkata barangan eksport yang lain yang merangkumi pelbagai barangan sama ada yang mentah atau yang diproses hanya berjumlah RM3.5 billion.

“Ini membuktikan bahawa kita perlu mengenal pasti pasaran yang lebih luas ke atas barangan eksport bukan komoditi. Kita juga perlu meningkatkan pengeluaran barangan bukan komoditi yang berpotensi tinggi untuk dieksport,” katanya.

Hajiji juga mahu pusat pengajian dan penyelidikan di Sabah memainkan peranan dalam pembangunan ilmu, inovasi dan pembangunan produk bernilai tinggi.

“Kita boleh memanfaatkan penyelidikan mereka untuk membangunkan aktiviti hiliran Sabah,” katanya.

Antara kajian tersebut ialah pembangunan semula pelancongan, pembangunan ekonomi di sempadan Sabah, dan pelan induk perniagaan dan ekonomi.

“Saya mahu semua penemuan dikongsi dan digunakan secara meluas,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top