SST: SESB perlu naikkan kadar penggunaan bil bulanan daripada RM203 kepada RM300 – Jeffery

Jeffery-nor.jpg

Jeffery

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu menaikkan kadar penggunaan bil bulanan daripada RM203 kepada RM300 ke atas sahaja akan terlibat dengan kadar cukai perkhidmatan (SST) lapan peratus bermula semalam.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, situasi di Sabah sangat berbeza dengan semenanjung, berikutan keadaan bekalan elektrik masih belum berada pada tahap yang memuaskan.

Katanya, ramai pengguna elektrik di Sabah masih berada dalam senarai golongan B40 dengan menggunakan satu meter untuk menampung beberapa keluarga didalam rumah berkenaan.

“Ini merupakan salah satu penyebab utama kadar pengguna kuasa elektrik semakin bertambah sedangkan ramai dari kalangan mereka adalah terdiri daripada golongan B40.

“Saya takut apabila kadar tidak dinaikkan masalah lain akan timbul iaitu kegagalan membayar bil akan meningkat sekali gus menyebabkan peningkatan berganda kepada pemotongan meter elektrik,” katanya dalam kenyataan media kelmarin.

Jeffery Nor merupakan Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, ini menyebabkan kadar tanggungan cukai SST lapan peratus akan beralih ditanggung oleh pihak SESB sendiri.

“Kita memahami kadar cukai ini telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, maka kita perlu akur dengan ketetapan ini diatas sebab tertentu tetapi sebagai pelaksana pemberi kuasa elektrik di Sabah sudah tentu syor-syor seperti ini perlu diambilkira.

“Sebagai tambahan, apa salahnya mana-mana pengguna tempatan yang terkesan masih belum menyambung meter diberikan kelayakan untuk menggunakan sistem pra-bayar,” jelas Jeffery .

Menurutnya, meskipun sistem pra-bayar ini hanya diguna pakai bagi kawasan setinggan yang terpilih, manakala kadarnya perlu dikaji semula Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS).

“Langkah ini bertujuan salah satu cara untuk kita menghadapi kesan kenaikan cukai kepada rakyat rakyat yang betul-betul memerlukan pertolongan,” kata Jeffery.

 

Berita asal: Jesselton Times

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top