Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Atas Enam Pertuduhan

TSMY-mahkamah.jpg

Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 8.40 pagi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).. (Foto; BERNAMA)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas enam pertuduhan membabitkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Empat pertuduhan salah guna kuasa, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduh Muhyiddin menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20 2021.

Dua pertuduhan pengubahan wang haram, yang dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama, menuduh ahli politik berusia 76 tahun itu menerima RM120 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu didakwa semasa prosiding di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi pagi ini.

Muhyiddin, 76, yang juga Pengerusi Perikatan (PN) dan bekas Perdana Menteri, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim.

“Saya mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan,” katanya selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top