Kerajaan Sabah sokong usaha SLS

dr-Jeffrey-2.jpg

Dr Jeffrey pada sidang media di Kota Marudu semalam. (Kredit foto (ss): STARMEDIA

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata kerajaan negeri bersama-sama rakyat Sabah menyokong usaha Sabah Law Society (SLS)berhubung isu 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di sini semalam.

Kenyataan Dr Jeffrey itu senada dengan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang menegaskan kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Hajiji dalam kenyataan medianya semalam turut menyentuh langkah yang diambil oleh SLS yang memfailkan semakan kehakiman terhadap kerajaan persekutuan berhubung isu 40 peratus itu, yang kesnya didengar oleh Mahkamah Rayuan kelmarin.

“Kerajaan negeri melihat inisiatif Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan berkongsi sentimen yang sama seperti rakyat Sabah serta berharap sebarang keputusan akan memihak kepada negeri ini,” katanya.

Sementara itu Dr Jeffrey berkata Kerajaan Sabah tidak melantik Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan mahupun sebagai wakil untuk melakukan intervensi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kelmarin.

Kenyataan tegas Hajiji dan penjelasan Dr Jeffrey dengan sendirinya menjawab persoalan sesetengah pihak yang keliru dengan intervensi tersebut, yang dilihat sebagai campur tangan dan mempersoal hak SLS, kerana menyangka ia adalah kehendak Kerajaan Negeri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top