Hentikan perbalahan politik, fokus untuk bangunkan Sabah – Hajiji

hajiji-tamparuli.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perbalahan politik dalam kalangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu dihentikan, kata presidennya Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu memberitahu ahli parti bahawa semua pihak harus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri di bawah rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya.

“Kita mesti pastikan semua aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya berjaya dilaksanakan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Gagasan Rakyat bahagian Tamparuli pada Ahad.

Beliau menambah fokus utama Gagasan Rakyat yang dipimpinnya ialah pembangunan Sabah.

“Kami (Gagasan Rakyat) tidak bersaing dengan rakan kongsi kami dalam (GRS).

“Gagasan Rakyat dibentuk bukan untuk bermain politik, tetapi kita fokus kepada aspek pembangunan negeri,” katanya.

Justeru, Hajiji berkata, Gagasan Rakyat perlu menjalin kerjasama padu dengan semua komponen GRS di kesemua 73 bahagiannya.

Beliau berkata Gagasan Rakyat baru berusia tujuh bulan, tetapi beliau gembira melihat kematangan pemimpin dan ahlinya.

Hajiji turut memuji Gagasan Rakyat Tamparuli di bawah kepimpinan Datuk Alijus Sipil,yang kini mempunyai 68 cawangan dan kira-kira 2,000 ahli.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top