UMNO Kalabakan Sokong Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak

andy-suryady.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

TAWAU: UMNO Kalabakan menyokong supaya kerusi Parlimen bagi negeri Sabah dan Sarawak ditambah kepada 35 peratus sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketuanya, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata perkara itu wajar disokong kerana Sabah dan Sarawak adalah komposisi penting dalam pembentukan Malaysia.

Katanya, daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, sebanyak 166 kerusi adalah di semenanjung, hanya 56 kerusi sahaja untuk Sabah dan Sarawak.

“Sabah dan Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 10 peratus lagi iaitu 22 kerusi tambahan supaya kita dapat suara yang sama dalam Parlimen.

“Selaku wakil rakyat daripada Sabah, melihat pembahagian kuota 35 peratus itu perlu disetujui oleh semua pemimpin,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.

Menurutnya, perkara tersebut sudah disuarakan oleh kebanyakkan pemimpin daripada Sabah dan Sarawak ketika ini kerana melihat perlunya ada kesaksamaan dalam kepimpinan negara.

Suryady berkata dia tidak melihat dalam konteks di kawasan Pantai Timur Sabah kerana secara keseluruhannya perlu dilihat kepada keseluruhan kawasan di negeri ini.

“Secara peribadi, saya berharap cadangan untuk menambah kuota kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dapat dipersetujui serta diputuskan secepatnya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarwak) Datuk Seri Dr Maximum Ongkili menjelaskan cadangan itu telah diperakui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 2012.

Beliau juga mencadangkan supaya tuntutan ini dibuat secara terbuka dan keputusan diambil bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.- Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top