KePKAS Sasar Syarikat Penerbangan Dari Filipina Ke Sandakan

jafry-1.jpg

Jaffry (kanan) meneliti kandungan salah satu papan maklumat Jejak Warisan Sandakan 2022.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Selepas Singapura, Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Sabah (KePKAS) menyasarkan untuk menarik syarikat penerbangan dari Filipina untuk mengadakan penerbangan ke Sandakan.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementeriannya kini sedang berbincang dengan AirAsia Filipina untuk mengendalikan penerbangan terus dari Davao, Cebu atau Zamboanga ke daerah timur Negeri Di Bawah Bayu itu.

Pembesaran landasan Lapangan Terbang Sandakan kini memenuhi keperluan untuk pendaratan pesawat besar serta sistem radar baharu yang sedia ada.

“Kementerian saya akan terus bekerja keras untuk memastikan Lapangan Terbang Sandakan akan dihubungkan dengan bandar-bandar lain di rantau ini selaras dengan hala tuju kerajaan negeri dalam memastikan lapangan terbang Sandakan dan Tawau dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan papan maklumat Jejak Warisan Sandakan di sini semalam.

Jafry berkata minggu lepas, beliau bertemu dengan seorang menteri kanan Singapura untuk membincangkan mengenai potensi untuk menarik syarikat penerbangan dari republik itu ke Sandakan dan Tawau, selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Singapura mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang sentiasa dihubungkan dengan banyak negara dan jika mereka (syarikat penerbangan dari Singapura) bersedia untuk menyediakan penerbangan ke Sandakan dan Tawau, ini akan menjadi peluang baik untuk kedua-dua daerah untuk mengembangkan sektor pelancongan mereka,” ujarnya.

Mengenai papan maklumat Jejak Warisan Sandakan 2022, Jafry menyambut baik usaha jawatankuasa bertanggungjawab kerana memperbaharui papan informasi itu kerana ia bukan sahaja untuk sektor pelancongan, malah demi pengetahuan generasi akan datang.

“Saya yakin dan percaya usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Kita akan pastikan jejak warisan seperti ini dijaga untuk dihayati dan dihargai oleh pelancong dan masyarakat setempat,” jelasnya.

Papan informasi itu mempamerkan peta lokasi dan maklumat asas mengenai 10 tapak tinggalan sejarah yang terdapat di sekitar daerah ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top