Warisan masih `gah’, mampu bersaing dalam PRN

warisan.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Parti Warisan (Warisan) masih `gah’ dan yakin mampu bersaing menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang dikatakan diadakan lebih awal berbanding penggal penuhnya tamat pada Oktober 2025.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, penganalisis tidak boleh mengatakan Warisan semakin lemah kerana mana-mana pembangkang di peringkat Persekutuan atau negeri tiada kelebihan seperti kerajaan sebelum dan semasa tempoh berkempen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog itu berkata, untuk menilai kelemahan sebuah parti secara adil, beliau menyarankan supaya parti politik kerajaan tidak menggunakan jentera kerajaan dalam mempromosi dan menyebarkan propaganda.

“Cuba bayangkan bagaimana jika kerajaan umumkan banyak tawaran, orang awam pasti melihatnya semula kepada parti politik. Sudah tiba masanya perkara mengarut ini dihentikan walaupun saya sedar ia sukar.

 

Baca seterusnya di Utusan Malaysia

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top