Warga emas dilapor hilang ditemui mati terdampar di pantai

lemas.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemukan mati lemas di Pantai Taman Awam 1, Teluk Likas, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Lo Yun Chin, 61, ditemui terapung oleh orang awam yang sedang beriadah pada 3.32 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, berdasarkan laporan itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa ditemui orang awam yang sedang beriadah daan terdengar jeritan kanak-kanak mengatakan terdapat patung di tepi pantai.

“Orang awam kemudian pergi ke tempat yang dimaksudkan dan menemui wanita dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai berkaitan kes orang hilang di Luyang, pagi tadi. Mangsa disedari tiada di rumah pada 6.30 pagi tadi dan anak mangsa cuba menghubungi namun telefon bimbit dimatikan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kalsom berkata, kali terakhir mangsa dilihat pada 9.30 malam semalam, ketika mangsa masuk ke bilik tidurnya.

“Mangsa dipercayai keluar menaiki kereta jenis Toyota Rush warna hitam pagi tadi. Ahli keluarganya kemudian cuba mencari dan menemui kereta mangsa termasuk tuala yang dikenalpasti milik mangsa berada di atas batu tepi pantai.

“Anak mangsa telah membuat laporan polis untuk membantu mengesan mangsa sehinggalah mayat mangsa ditemui,” katanya.

Bagaimanapun siasatan ditempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. – Buletin TV3

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top